Pereka grafik disebelah anda

Berkemampuan menyediakan set corporate identity dan brand identity untuk syarikat dan kertas kerja anda. Memberi khidmat perunding bagi keberkesanan penggunaan grafik media dalam strategi pemasaran, pengiklanan dan sebagainya.

Email: ikhmartheonly1@gmail.com
Whatsapp: 019 7759951

Thursday, May 21, 2015

Kad dari hati

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera.

Projek kelas-kelas, gitu...
*senyum tutup mulut.

Typo treatment

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera.

Rawatan tulisan...

Tulisan dan gambaran.
Apa kata anda?






Apa ertinya aku pereka grafik

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera.

Pereka grafik. Hidup yang penuh warna-warni. Selalu bermain warna dan garisan. Menyelesaikan masalah melalui gambaran, lukisan-lukisan dan . . . Muzik.

Masalah-masalah informasi dapat diselesaikan dengan penampakan imej yang menceritakan segala. Sehingga pengguna, pembeli, pembayar (ahaks!) puas hati. Segalanya tentang kepuasan. Lebih bonus, kefahaman. Lagi syurga, pendidikan (baca: pengguna yang terdidik dengan elemen-elemen pemikiran yang sihat melalui grafik). Lagi neraka, banyak! Petik je kat luar sana tu.

Mampu?

Entah. Cuba sehabis baik. Jujur dalam hati, takut kritikan menjahanamkan. Apa pun, tidak rugi mencuba... Kan?

Mula-mula berniat, untuk keuntungan...
Tiba-tiba jujur datang menjentik.
Jujur kata,

"Kau boleh kaya dengan dunia dan seisinya. Tapi, itu ke kepuasan? Jangan hanya memacu dunia sehingga hidup abadi kau tinggal-tinggalkan. Ramai yang mahu apa yang kau tahu."

Insaf.

Heh.
Aku datang lagi untuk menulis.
Entah istiqamah, entah hangat-hangat najis ayam belanda berbadan dua.

Pereka grafik ertinya, aku menyelesaikan masalah manusia sejagat dengan memahamkan fitrah mereka dalam lakaran-lakaran warna yang mesti mereka lihat, faham dan rasa terdidik untuk tahu apa fungsi jantung berdegup selagi tidak berhenti.

Mesti, kau.

Cuba. Cuba.